Wednesday, August 15, 2012

Kedatangan Syawal Dirai,,Pemergian Ramadhan Ditangisi


Assalamualaikum...
Seperti yang kita tau,, Syawal nak datang dan Ramadhan nak pergi..
Sedihnye!!!!  Sabda Rasulullah,, mafhumnya,,
"Sebaik-baik hari ialah hari Jumaat dan sebaik - baik bulan ialah bulan Ramadhan"
 Antara kebaikan yanng dikurniakan Allah di bulan Ramadhan  :
  • Syaitan diikat
  • Pintu syurga dibuka seluas-luasnya
  • Pintu neraka ditutup serapat-rapatnya
  • Amalan sunat diganjarankan seperti amalan fardhu
  • Amalan fardhu diganjarankan 70 kali ganda
  • Pengampunan yang hebat
  • Malam yang lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun 4 bulan)
Rasulullah telah bertadarrus dengan Jibril setiap hari di bulan Ramadhan
Rasulullah juga telah mengkhatamkan Al-Quran setiap kali Ramadhan menjelma
tetapi pada tahun terakhir Rasulullah bertemu Ramadhan,, Rasulullah telah mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 2 kali.Awesome kan????

Ana sedih sebab saya sendiri belum mampu mengkhatamkan Al-Quran.
Untuk pengetahuan antum dan antunna semua,, sambutan Hari Raya Aidilfitri di Arab Saudi hanya berlangsung selama tiga hari sahaja manakala sambutang Hari Raya Aidiladha berlangsung selama 5 hari (terbalik ngan orang Malaysia,,haha).
Memang betul,, yang Syawal tuh bulan kemenangan untuk orang yang berpuasa...tapi tak perlu lebih - lebih sangat lah kan???
Tidak perlu pembaziran , tabarruj tetapi hiasilah aidilfitri dengan zuhud dan ketakwaan pada Allah.
Jangan lupe puase nam!! :))

Sekadar peringatan untuk ana, antum dan antunna semua...
Wallahua'lam
Maybe,, that's for now,,Mari muhasabah,, Jom berbakti untuk ISLAM!!
ALLAHU AKBAR!! :))